Ringkasan Fungsi Formula CEO 8

Otak yang mengawal ketenangan ialah Medulla Oblongata. Ia bukan sekadar mengawal keseimbangan badan, tetapi turut mengawal keseimbangan keseluruhan aktiviti dan tugasan kita seharian. Kehebatan Medulla Oblongata apabila fungsinya dioptimumkan ialah keupayaannya untuk menangani beberapa tugasan dalam masa yang serentak. Kelemahan bahagian ini akan mengakibatkan seseorang mudah stress atau tertekan, mudah runsing atau sekurang-kurangnya mengalami masalah sakit belakang tengkuk.

Kesemua tisu sel dan saraf otak di bahagian ini mempunyai getaran tenaga yang sama bacaan frekuensinya dan digelar CEO 8 atau Colour Energy Orgone 8. Kesakitan di belakang tengkuk yang sangat berkaitan dengan kelemahan yang melibatkan bahagian CEO 8

Gambar di bawah menunjukkan kedudukan kawasan CEO 8

Anatomi Tulang Cervical dan Medulla Oblongata

Anatomi Tulang Cervical dan Medulla Oblongata

Sakit belakang tengkuk adalah masalah CEO 8

Sakit belakang tengkuk adalah masalah CEO 8

Kawasan otak yang berkaitan diliputi oleh CEO 8 ialah Medulla Oblongata. Selain itu kawasan saraf tulang belakang yang berkaitan ialah Cervical C2, C3 dan C7

Kawasan CEO 8 mempunyai pembawakan karektor yang berkaitan dengan kelapangan dan ketenangan. Namun apabila kawasan ini lemah, ia boleh memberi kesan karektor yang mudah tertekan, stress dan mudah runsing serta keliru dalam membuat keputusan atau berhadapan dengan sesuatu keadaan.

Kawasan CEO 8 turut melibatkan beberapa fungsi fizikal biologi tubuh iaitu mengawal tindakan luar kawal dalam aktiviti pernafasan, gerakan jantung dan peredaran darah. Pada tahap yang optimum ia berkeupayaan untuk mengawal imbangan badan, kemahiran mengenal objek dengan lebih tajam, membezakan warna, mengenal perbezaan tekanan udara, mengesan tahap kederiaan (tahap bau, tahap cahaya, tahap bunyi, tahap sentuhan, tahap kesakitan). Mereka yang dikurniakan basirah dan kasyaf (Khawriqul ‘adah atau kelebihan spiritual yang dikurniakan oleh Allah kepada golongan tertentu) berkeupayaan menyedari keupayaan fungsi optimum ini.

Formula CEO 8 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga yang menyamai Medulla Oblongata dan dan saraf  kawasan Cervical. Apabila bahagian ini diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi, ia akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.

Formula Colour Energy Orgone 8

Formula Colour Energy Orgone 8

Antara Fungsi Utama CEO 8

  1. Mengawal dan menstabilkan tekanan darah rendah
  2. Meredakan kerungsingan / gelisah / resah / susah hati
  3. Memberikan rasa tenang dan tenteram
  4. Meredakan rasa berdebar / gugup / kebimbangan
  5. Meredakan panik / serba tidak kena
  6. Memulihkan kerasukan
  7. Meredakan kebas / berpeluh / loya / menggeletar
  8. Memulihkan rasa terhoyong hayang / rasa nak pitam

CEO 7 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut

  1. Gangguan mental atau schizophrenia akibat terlalu tertekan.
  2. Rasa mudah muntah atau mabuk menaiki kenderaan.
  3. Ibu mengandung yang kerap muntah.
  4. Rasa gayat dengan ketinggian.
  5. Mabuk atau loya melihat tumpahan darah (luka besar).
  6. Telinga berdengung apabila menaiki bukit dengan laju atau dalam pesawat.

Keterangan lanjut penggunaan formula CEO 8;

1. Tahap urik asid yang tinggi boleh menyebabkan seseorang mudah tertekan atau stress apabila melakukan lebih daripada satu tugasan. Misalnya menyapu sampah, membasuh pinggan dan membasuh kain, mereka yang optimum fungsi CEO 8 boleh melakukan tugasan tersebut dengan mudah tetapi mereka yang lemah CEO 8 akan kelam kabut atau tidak sempurna tugas tersebut atau akan mengalami sakit dibelakang tengkuk apabila melakukan tugas tersebut. Di samping merawat dengan CEO 8, mengamalkan diet yang kurang urik asid dan melebihkan makanan yang beralkali dapat mengelakkan kelemahan pada bahagian CEO 8.

2. Masalah resah gelisah, serba tidak kena atau biasanya dikenali sebagai anxiety yang melibatkan gerakan jantung yang pantas, berpeluh, loya dan sebagainya insyaAllah amat mudah diatasi dengan rawatan CEO 8. Dalam keadaan tertentu, jika ia berpunca daripada kelemahan sistem thyroid (CEO 9) atau jantung (CEO 11), CEO 8 berkeupayaan untuk memberikan kelegaan.

3. Rasa sakit belakang tengkuk akibat salah bantal ialah masalah sebenar pada CEO 8.

4. Seseorang yang mengalami tekanan fizikal dan mental dalam kehidupan seharian seperti sedang diugut, diancam atau memegang tanggungjawab yang besar, akan mengalami masalah sakit belakang tengkuk atau CEO 8 sekiranya kawasan ini lemah.

5. Melakukan sesuatu perkara atau tugas atau pekerjaan kerana terpaksa akan menyebabkan CEO 8 sangat tertekan dan boleh menjadi lemah dengan mudah. Kekuatan keikhlasan akan mengatasi masalah ini. Namun tenaga keikhlasan bergantung kepada tahap kekuatan CEO 8 seseorang.

6. Rasa keliru ketika sedang belajar adalah akibat masalah terlebih protein yang dikawal oleh otak Medulla Oblongata.  Rasa loya ketika sedang membaca adalah tanda tubuh sedang cuba mengatasi kekeliruan. Ia boleh dipulihkan dengan menguatkan semula kawasan CEO 8 supaya minda boleh mentafsirkan sesuatu ilmu secara matang dan mudah difahami.

7. Kanak-kanak yang kerap dibiarkan menangis atau meronta untuk meminta sesuatu akan mudah tertekan. Akibatnya mereka mudah lemah pada CEO 8 yang boleh menyebabkan gangguan perkembangan mental seperti sukar memahami sesuatu atau mudah terkeliru.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 8

Nama Formula
Colour Energy Orgone 7
WarnaIndigo
Frekuensi472 nanometer
Psikologi Ketika SihatDamai
Tenteram
Psikologi Ketika SakitTertekan
Keliru
Kawasan/OrganMedulla Oblongata
Saraf Cervical C2, C3 dan C7
Tanda/SimptomTekanan darah rendah
Kerungsingan / gelisah / resah / susah hati
Memberikan rasa tenang dan tenteram
Berdebar / gugup / kebimbangan
Panik / serba tidak kena
Memulihkan kerasukan
Kebas / berpeluh / loya / menggeletar
Rasa terhoyong hayang / rasa nak pitam

Ringkasan Fungsi Formula CEO 7

Otak yang paling banyak mengawal organ-organ kederiaan fizikal (kecuali hidung) ialah bahagian Serebrum dan Serebelum. Ia juga turut mengawal deria kulit secara tidak langsung. Antara organ kederiaan yang dimaksudkan ialah mata, telinga dan lidah. Selain itu, ia juga turut mengawal tekanan darah dan tahap gula dalam darah. Kesemua tisu sel dan organ organ-organ ini mempunyai getaran tenaga yang sama bacaan frekuensinya dan digelar CEO 7 atau Colour Energy Orgone 7.

Gambarajah di bawah menunjukkan kawasan yang melibatkan CEO 7.

Kawasan melibatkan CEO 7

Kawasan melibatkan CEO 7

Kawasan CEO 7 turut meliputi soket mata, saraf mata, keseluruhan organ telinga, kawasan mulut seperti gigi, lidah, gusi, rahang, saluran dari telinga ke tekak (eustachian tube), otak serebrum, otak serebelum, tulang cervical C2 C3 C4, dan mastoid (tulang membonjol di belakang telinga).

Kawasan CEO 7 mempunyai pembawakan karektor yang berkaitan dengan citarasa dan tindakan rasional atau matang. Namun apabila kawasan ini lemah, ia boleh memberi kesan karektor yang suka cerewet dan mengeluh.

Formula CEO 7 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga yang menyamai organ-organ kederiaan dan otak yang mengawalnya. Apabila bahagian ini diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi, ia akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.

Formula Colour Energy Orgine 7

Formula Colour Energy Orgine 7

Otak serebrum dan serebelum turut mengawal suhu tubuh, tekanan darah tinggi, tahap gula dan kesedaran kawalan aktiviti seksual. Apabila tenaga otak ini dioptimumkan, ia turut mengoptimumkan fungsi yang dikawal oleh otak ini.

Antara Fungsi Utama CEO 7

1. Mengawal suhu badan / mudah menyesuaikan diri terhadap iklim persekitaran.
2. Mudah redha.
3. Kesedaran terhadap aktiviti seksual.
4. Kepekaan daya pendengaran.
5. Ketajaman daya penglihatan.
6. Kepekaan daya merasa makanan.
7. Kepekaan deria rasa kulit.

CEO 7 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;

1. Meredakan dan memulihkan demam.
2. Menstabilkan suhu badan yang tinggi.
3. Sakit semasa tumbuh gigi.
4. Kekejangan.
5. Sakit telinga.
6. Gangguan pendengaran.
7. Telinga bergema.
8. Pekak / bisu.
9. Demam tiba-tiba akibat kerja berat atau perubahan keadaan persekitaran.
10. Tekanan darah tinggi.
11. Sakit mata.
12. Buta warna.
13. Berpeluh dan menggigil.
14. Cluster headaches (sakit sebelah mata dan mengeluarkan air mata, biasanya mata kanan).
15. Arteriosclerosis Carotid Artery (penyumbatan saluran darah di kepala).
16. Masalah rambut gugur.

Keterangan lanjut penggunaan formula CEO 7;

1. Otak Serebrum dan Selebelum turut mengawal bahagian organ penghadaman iaitu Hati, Perut, Limpa (CEO 12), Hempedu, Duodenum (CEO 14), Pankreas (CEO 15) serta organ perkumuhan iaitu liang peluh pada kulit (CEO 14) dan buah pinggang (CEO 13) . CEO 7 seseorang boleh menjadi lemah disebabkan oleh faktor amalan pemakanan yang menyebabkan kelemahan pada mana-mana organ penghadaman. Selagi kawasan penghadaman atau perkumuman ini tidak dirawat, selagi itu kawasan CEO 7 sukar untuk pulih sepenuhnya. Oleh itu, pengambilan rawatan untuk masalah pada CEO 7 perlu disertai dengan rawatan pada CEO 12, CEO 13, CEO 14 atau CEO 15.

2. Penyakit darah tinggi adalah gejala penyakit yang melibatkan kombinasi kelemahan pada CEO 7 dengan mana-mana bahagian antara CEO 12, CEO 13, CEO 14 atau CEO 15. Ini bermaksud, seseorang yang mengalami gejala tekanan darah tinggi adalah mereka yang perlu memulihkan organ penghadaman yang melibatkan masalah kolestrol, protein tinggi yang boleh menjadi plak di dinding saluran darah. Plak ini akan menyebabkan banyak penyumbatan pada saluran darah yang akan menjadikan tekanan darah bertambah kuat. Memulihkan organ penghadaman akan membantu memecahkan plak secara semulajadi dan memulihkan semula masalah penyakit darah tinggi.

3. Penyakit kencing manis (diabetes) disebabkan oleh peningkatan kadar gula sedangkan penghasilan insulin oleh Pankreas (CEO 15) berkurang. Aktivi Pankreas (CEO 15) dikawal oleh bahagian otak Serebelum dan Serebrum (CEO 7). Insulin boleh dihasilkan semula secara optimum sekiranya tenaga Pankreas (CEO 15) dan otak yang mengawalnya (CEO 7) dipertenagakan. Proses rawatan ini berlaku secara selamat dan semulajadi oleh tubuh, insyaAllah. Penyakit kencing manis yang kronik akan menyebabkan buah pinggang menjadi lemah kerana terpaksa memproses untuk membuang gula berlebihan. Ketika itu rawatan mereka yang menjalani dialisis perlu mengambil rawatan CEO 7 berserta rawatan Buah Pinggang (CEO 13). Masalah diabetes yang menyebabkan sesuatu luka sukar sembuh perlu membuat rawatan CEO 7 dengan Kulit (CEO 14). Untuk sesuatu penyakit kencing manis, biasanya memerlukan rawatan yang lebih lengkap dengan kaedah Attitude Therapy supaya lebih cepat sembuh, insyaAllah.

4. Untuk merawat masalah demam, formula CEO 7 perlu diambil berterusan setiap 5 minit sehingga demam sembuh sepenuhnya dalam masa beberapa jam.

5. Keguguran rambut yang berterusan pada jumlah yang banyak adalah disebabkan oleh suhu badan yang tinggi. Pengambilan CEO 7 membantu mengawal suhu badan dan mengelakkan keguguran rambut.

6. Kelamahan pada CEO 7 terhadap seseorang akan menyebabkan lebih daripada satu simptom yang muncul. Misalnya mereka yang mengalami masalah telinga selalu berdengung akan turut mengalami masalah bibir pecah akibat suhu panas. Atau mata kabur akan turut menyebabkan sakit di belakang kepala. Mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau kencing manis akan turut mengalami kelamahan pada mana-mana kawasan yang melibatkan CEO 7.

7. Pengambilan sesuatu makanan yang tinggi lemak dan protein yang berlebihan akan menjejaskan sistem penghadaman dan perkumuhan yang akan turut menjejaskan CEO 7.

8. Elakkan pengambilan makanan yang berat pada waktu malam kerana ia sukar dihadam dan boleh melemahkan CEO 7. Tidur awal dalam keadaan lena pada waktu kegelapan malam akan membantu menguatkan fungsi CEO 7.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 7

Nama Formula
Colour Energy Orgone 7
WarnaIndigo
Frekuensi444 nanometer
Psikologi Ketika SihatCitarasa
Matang
Psikologi Ketika SakitCerewet
Mengharap
Kawasan/OrganSerebrum
Serebelum
Mata
Soket mata
Saraf mata
Organ telinga
Cuping telinga
Salur eustachian
Cervical 2
Cervical 3
Cervical 4
Mastoid
Mulut
Bibir
Gigi
Gusi
Rahang
Lidah
Tanda/SimptomMengawal suhu badan / mudah menyesuaikan diri terhadap iklim persekitaran.
Mudah redha.
Kesedaran terhadap aktiviti seksual.
Kepekaan daya pendengaran.
Ketajaman daya penglihatan.
Kepekaan daya merasa makanan.
Kepekaan deria rasa kulit.
Meredakan dan memulihkan demam.
Mestabilkan suhu badan yang tinggi.
Sakit semasa tumbuh gigi.
Kekejangan.
Sakit telinga.
Gangguan pendengaran.
Telinga bergema.
Pekak / bisu.
Demam tiba-tiba akibat kerja berat atau perubahan keadaan persekitaran.
Tekanan darah tinggi.
Sakit mata.
Buta warna.
Berpeluh dan menggigil.
Cluster headaches (sakit sebelah mata dan mengeluarkan air mata, biasanya mata kanan).
Arteriosclerosis Carotid Artery (penyumbatan saluran darah di kepala).
Masalah rambut gugur.

Ringkasan Fungsi Formula CEO 6

Masalah pada bahagian sinus merupakan masalah yang dihadapi hampir kepada semua orang. Sehingga ia digelar sebagai “penyakit sinus”. Sinus bukan nama penyakit, ia dikawal oleh bahagian otak Olfactory Bulb. Olfactory Bulb mengawal sistem kederiaan di sekitar kawasan sinus, hidung, tongsil dan adenoids.

Kedudukan Olfactory Bulb

Kedudukan Olfactory Bulb

Sinus, Tonsil, Adenoids

Sinus, Tonsil, Adenoids

Terdapat simptom yang sangat halus tetapi menunjukkan dengan jelas ia adalah kelemahan pada bahagian yang dikawal oleh Olfactory Bulb. Cuba perhatikan tanda-tanda seperti berikut;

Hidung berhingus pada waktu pagi.
Hidung tersumbat pada waktu pagi.
Kerap menyedut hidung yang mengeluarkan bunyi “keh”.
Kerap haus walaupuan baru minum atau kerap minum.

Tidak perlu menunggu sehingga masalah berkaitan sinus dan tonsil menjadi kronik, sebaliknya segeralah berikhtiar mendapatkan rawatan apabila tanda-tanda kelemhan pada bahagian ini mulai muncul.

Formula CEO 6 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga Olfactory Bulb termasuk bahagian sinus, hidung, tonsil dan adenoids. Apabila bahagian ini diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi, ia akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.

Manusia mempunyai 40 juta olfactory reseptor yang berpotensi mengesan dan memproses kira-kira 10,000 jenis bau. Dalam keadaan tidak berpotensi disebabkan faktor stress dalam kehidupan normal, manusia hanya menggunakan potensi mengesan bau kurang 40% daripada potensi sebenar. Apabila potensi ditingkatkan, ia boleh membantu anda mengenal siapa yang berada di belakang anda melalui bau separa sedar.

Formula Colour Energy Orgone 6

Formula Colour Energy Orgone 6

Antara fungsi utama CEO 6

  1. Menguatkan deria bau.
  2. Meningkatkan selera makan.
  3. Melicinkan kulit di bahagian hidung dan muka.

CEO 4 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;

  1. Hidung tersumbat
  2. Berhingus
  3. Sakit di antara dua kening
  4. Pernafasan di bahagian hidung berbunyi
  5. Sakit di bahagian muka
  6. Resdung / gatal di hidung, mata, telinga dan muka
  7. Alergi pernafasan (rasa lemas di bilik kecil)
  8. Hidung miang / gatal
  9. Pernafasan berbau
  10. Bernanah / berlendir di hidung
  11. Polyp (Polip / bengkak / ketumbuhan dalam hidung)
  12. Pernafasan melalui mulut kerana gangguan hidung
  13. Hyposmia (hilang deria bau)
  14. Citarasa makanan tidak sedap walaupun sedang kelaparan
  15. Whitehead dan blackhead
  16. Jerawat di hidung
  17. Batuk yang berpanjangan
  18. Gangguan nafsu seksual (sama ada terlalu dingin atau ketagihan)
  19. Ketagihan dadah, alkohol dan rokok

Keterangan lanjut penggunaan formula CEO 6

1. Apabila badan diserang pencemaran akibat daripada bakteria, habuk, debu, kekotoran udara, maka bahagian pertama yang sensitif mengalami kesan ini ialah muka. Udara yang melalui bahagian hidung akan ditapis, dipanas dan dilembabkan.

2. Sinus, tonsil dan adenoids akan bertindak pada tahap pertama daya tahan. Keadaan pernafasan yang tercemar akan memberi kesan ketahanan paru-paru yang boleh menyebabkan batuk. Berada di kawasan yang beriklim panas dan kering (biasanya di luar negara) boleh menyebabkan tonsil dan adenoids lemah dah membengkak yang menjadi punca rasa kehausan yang melampau.

3. Makanan yang berkolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, siput kerang (makanan laut selain ikan) atau organ dalaman haiwan seperti hati, paru, perut, usus (yang bukan daging merah) boleh menyebakan tubuh badan tidak berkeupayaan untuk menghadamnya sehingga dianggap sebagai bendasing dalam badan. Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan Olfactory Bulb (CEO 6) berkerja lebih keras dan membeban serta melemahkannya.

4. Memberi kesan psikologi citarasa kerana peranan Olfactory Bulb (CEO 6) terbukti menjalankan fungsi selera makan apabila ia berada dalam keadaan yang bertenaga dan sihat.

5. Kedinginan seksual ditentukan oleh kekuatan Olfactory Bulb (CEO 6). Terlalu aktif melakukan hubungan kelamin boleh melemahkan fungsi CEO 6 dan menyebabkan seseorang kerap selsema. CEO 6 perlu diambil bersama CEO 16 (getaran tenaga hormon untuk ovari atau testis) atau CEO 17 (getaran tenaga alat kelamin).

6. Kanak-kanak yang tidak ada cita-cita yang tetap atau kurang membicarakan tentang masa hadapan adalah tanda kelemahan CEO 6.

7. Kekuatan Olfactory Bulb yang dipotensikan menjadikan seseorang berkeupayaan mengesan lebih banyak bau dan dapat merasai kehadiran seseorang yang masih jauh secara minda separa sedar. Selain itu, ia membantu mencari barang yang hilang dengan lebih cepat secara minda separa sedar.

8. Masalah jangkitan resdung mudah dirawat jika CEO 6 diambil bersama rawatan untuk menguatkan struktur tulang dalam rongga sinus menggunakan formula CEO 1 (getaran tenaga saraf pada Olfactory Bulb) dan CEO 20 (getaran tenaga tulang pada rongga sinus)

9. Otak Olfactory Bulb (CO 6) berkeupayaan mengeluarkan getaran tenaga untuk menghalang jangkitan. Kelemahan Olfactory Bulb akan menyebabkan kawasan kulit pada bahagian sinus akan merengsa dan membengkak hingga menyebabkan tumbuhnya polyp. Polyp juga boleh tumbuh di bahagian ovari kerana bahagian tersebut juga mempunyai getaran tenaga yang menyamai bahagian sinus. Rawatan polyp atau ketumbuhan seperti fibroid pada ovari perlu menggunakan rawatan CEO 6 dan CEO 16.

10. Mereka yang lemah pada bahagian CEO 6 secara berpanjangan turut mengalami masalah “Penyakit Puan” seperti senggugut.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 6

Nama Formula
Colour Energy Orgone 6
WarnaIndigo
Frequensi437 nanometer
Waktu resonan2 jam selepas waktu pink
(2.00 pagi hingga 4.00 pagi
Psikologi Ketika SihatRedho
Cita-cita
Citarasa
Nafsu
Psikologi Ketika SakitTiada ketetapan
Kedinginan
KawasanOlfactory Bulb
Sinus
Tonsil
Adenoids
Tanda/simptomMenguatkan deria bau.
Meningkatkan selera makan.
Melicinkan kulit di bahagian hidung dan muka.
Hidung tersumbat
Berhingus
Sakit di antara dua kening
Pernafasan di bahagian hidung berbunyi
Sakit di bahagian muka
Resdung / gatal di hidung, mata, telinga dan muka
Alergi pernafasan (rasa lemas di bilik kecil)
Hidung miang / gatal
Pernafasan berbau
Bernanah / berlendir di hidung
Polyp (Polip / bengkak / ketumbuhan dalam hidung)
Pernafasan melalui mulut kerana gangguan hidung
Hyposmia (hilang deria bau)
Citarasa makanan tidak sedap walaupun sedang kelaparan
Whitehead dan blackhead
Jerawat di hidung
Batuk yang berpanjangan
Gangguan nafsu seksual (sama ada terlalu dingin atau ketagihan)
Ketagihan dadah, alkohol dan rokok

Ringkasan Fungsi Formula CEO 5

Tubuh mempunyai keupayaan untuk menghasilkan antibiotik sendiri secara semulajadi sekiranya bahagian otak yang mengawal biotik dipotensikan dan dipertenagakan. Bahagian Amygdala di dalam otak apabila dikenalpasti getaran tenaga semulajadinya dan dipertenagakan, secara konsisten didapati ia membantu tubuh menghasilan antibiotik semulajadi malah bertindak juga sebagai mengawal aktiviti biotik (prebiotik) dengan cekap dan harmoni.

Kawalan biotik semulajadi tubuh berbeza dengan peranan antibiotik berasaskan steroid atau kimia kerana ia mengawal perkembangan bakteria penting dan menghapuskan bakteria yang memudaratkan tanpa menyebabkan bakteria tersebut menjadi mutasi dan immune yang boleh menyebabkan sesuatu jangkitan itu sukar sembuh pada masa akan datang.

Selain mengawal biotik, Amygdala turut mengawal keceriaan dan keinginan seksual terutama berkaitan dengan aktiviti organ testis dan ovari. Kelemahan pada Amygdala boleh menyebabkan kesan kemurungan di samping menyebabkan tubuh mudah mendapat jangkitan bakteria atau virus serta alahan terhadap habuk dan kolestrol tepu.

Amygdala

Kedudukan Amygdala dalam sistem limbik

Formula CEO 5 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga kelenjar Amygdala. Amygdala yang diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi menggunakan CEO 5 akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.

Amygdala Formula

Colour Energy Orgone 5 (CEO 5)

Antara Fungsi Utama CEO 5

1. Antibiotik semulajadi
2. Antibakteria
3. Prebiotik
4. Meningkatkan keceriaan
5. Vaksin semulajadi terhadap virus, bakteria atau bisa sengatan
6. Antivenom semulajadi (penawar bisa patukan/sengatan)

CEO 5 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;

1. Kerap selsema
2. Alahan pada kulit (kulit gatal-gatal)
3. Alahan pada hidung
5. Kerap bersin
6. Alahan pada makanan tinggi kolestrol / kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, siput, kerang atau oragan dalaman haiwan.
7. Mudah mendapat kudis atau luka yang lambat sebuh.
8. Luka bernanah
9. Gusi bernanah
10. Kemurungan / rasa diri terasing
11. Mudah mendapat ruam kulit
12. Merawat miang kulit
13. Angioedema (alergi membengkak)
14. Hives / Urticaria (alergi kulit merah/timbul)
15. Alergi bisa sengatan

Allergy Hives Urtacaria

Hives / Urticaria / Kelekata

Keterangan lanjut mengenai Formula CEO 5

1. CEO 5 turut mengawal bahagian CEO 16 (Hormon daripada Ovari/Testis), CEO 17 (Saluran kencing/uretra/pundi kencing) dan CEO 19 (appendix). Oleh itu, kelemahan CEO 5 biasanya akan dituruti oleh kelemahan pada bahagian mana-mana antara CEO 16, CEO 17 atau CEO 19.

2. Remaja yang baru baligh kemungkinan menghadapi masalah kelemahan pada sistem hormon (CEO 16) boleh menjejaskan fungsi Amygdala dan menyebabkan mereka mudah kemurungan. Tanda kemurungan dapat dikenali melalui rasa kerap suka mendapatkan hiburan seperti mendengar muzik atau menonton filem, bermain komputer/digital games, suka keluar berjumpa rakan dan rasa tertarik memakai pakaian berwarna indigo (biru tua/violet tua atau kelihatan seperti hitam). Frekuensi warna tersebut adalah menyamai getaran tenaga pada bahagian Amygdala.

3. Antara punca kelemahan pada Amygdala bermula daripada kemampuan sistem tubuh mencerna makanan yang berkolestrol tepu yang akan menyebabkan sistem hormon terganggu kerana sistem hormon memerlukan banyak bekalan protein dan mineral. Proses penguraian kolestrol tepu untuk menghasilkan protein ini akan melemahkan sistem hormon jika kolestrol tepu diambil berlebihan. Mengurangkan pengambilan makanan berkolestrol tepu membantu meredakan kelemahan Amygdala dan membantu fungsi sistem antibiotik semulajadi tubuh.

4. Bayi dan kanak-kanak yang ceria dan gembira akan menjadikan sistem antibodi mereka kuat menentang sebarang jangkitan dan imun terhadap habuk. Pastikan anda sering bermain dengan mereka untuk menghiburkan anak kecil anda di samping membantu perkembangan minda mereka melalui bermain. Cuba bergurau dengan mereka dan buat mereka kerap tersenyum dan ketawa (tetapi bukan dengan cara menggeletek berlebihan kerana akan melemahkan adrenal). Elakkan mereka daripada menangis dan kecewa terlalu lama dengan cara memujuk dan memberikan penjelasan yang matang walaupun mereka tidak dapat memahami kata-kata anda. Sekiranya bayi atau kanak-kanak selalu gembira setiap hari, secara semulajadi membantu menguatkan kawasan Amygdala (CEO 5) atau membantu meredakan masalah alahan yang dihadapi.

5. Orang dewasa yang ceria dan gembira juga mempunyai kesan yang baik terhadap peningkatan tahap antibodi tubuh.

6. Hasil hubungan intim antara suami isteri yang sempurna membantu meningkatkan antibodi tubuh. Gangguan atau rasa ketidakpuasan terhadap hubungan intim adalah disebabkan kelemahan pada CEO 5.

7. Formula ini membantu tubuh secara semulajadi menghasilkan antibiotik, merangsang prebiotik dan antivenom.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 5

Nama Formula
Colour Energy Orgone
(CEO 5)
WarnaIndigo
Frequensi421 nanometer
Waktu resonan2 jam selepas waktu pink
(2.00 pagi hingga 4.00 pagi)
Physiology Ketika SihatKeceriaan, kecenderungan
Physiology Ketika SakitKemurungan, tersinggung
Kawasan / OrganAmygdala
Tanda/SymptomAntibiotik semulajadi
Antibakteria
Prebiotik
Meningkatkan keceriaan
Vaksin semulajadi
Antivenom semulajadi
Kerap selsema
Alahan pada kulit (kulit gatal-gatal)
Alahan pada hidung
Kerap bersin
Alahan pada makanan tinggi kolestrol / kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, siput, kerang atau oragan dalaman haiwan.
Mudah mendapat kudis atau luka yang lambat sebuh.
Luka bernanah
Gusi bernanah
Kemurungan / rasa diri terasing
Mudah mendapat ruam kulit
Merawat miang kulit
Angioedema (alergi membengkak)
Hives / Urticaria (alergi kulit merah/timbul)
Alergi bisa sengatan

Ringkasan Fungsi Formula CEO 4

Bahagian dalam otak yang paling dominan menjaga fungsi tumpuan ialah Hypothalamus. Bahagian Hypothalamus yang dipertenagakan dan dipotensikan berkeupayaan membantu seseorang untuk mempunyai daya tumpuan yang tinggi. Daya fokus amat diperlukan untuk membantu tidur yang mudah dan lena. Oleh itu bahagian Hypothalamus juga membantu mengawal tidur. Daya fokus yang dioptimumkan bukan sahaja membantu dari segi biologi tubuh, malah turut membantu perkembangan prestasi dan pencapaian seseorang terutama dalam pelajaran dan kerjaya seharian.

Struktur Hypothalamus

Struktur Hypothalamus

Formula CEO 4 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga kelenjar Hypothalamus. Kelenjar Hypothalamus yang diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.

Formula Colour Energy Orgone 4

Formula Colour Energy Orgone 4

Antara fungsi utama CEO 4

  1. Meningkatkan daya tumpuan.
  2. Membantu tumpuan pelajar.
  3. Pengawalan suhu tubuh terutama meningkatkan suhu badan.
  4. Pengawalan nafsu makan dan kekenyangan.
  5. Pengawalan sistem penghadaman terutama usus.
  6. Pengawalan kelakuan emosi
  7. Mengimbangi cecair tubuh dan makanan.

CEO 4 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;

  1. Fikiran melayang / memikirkan perkara lain ketika sedang belajar.
  2. Bercakap ketika orang lain sedang bercakap.
  3. Bercakap dengan kawan ketika guru sedang mengajar.
  4. Tidak khusyuk ketika solat.
  5. Tidur tidak lena / tidak puas.
  6. Mimpi yang kerap atau gangguan dalam tidur.
  7. Bangun tidur masih lesu atau keletihan pada waktu pagi.
  8. Tidur yang tidak sedar.
  9. Fenomena tidur dihimpit.
  10. Kesukaran tidur / banyak berfikir ketika hendak tidur.
  11. Insomnia / tidak dapat tidur
  12. Mudah tertidur atau cepat mengantuk terutama semasa memandu.
  13. Anak yang lembab atau penakut / malu / mengasingkan diri.
  14. Kehilangan nafsu makan.
  15. Kanak-kanak marah dan menangis. (boleh juga terjadi kepada orang tua)

Keterangan lanjut penggunaan formula CEO 4

  1. CEO 4 perlu diambil bersama pasangannya iaitu CEO 19. CEO 19 ialah formula yang menyamai dengan tenaga usus. Aktiviti tenaga usus dikawal oleh Hypothalamus. Kelemahan tenaga pada usus akan membebankan Hypothalamus dan boleh menjejaskan tenaga Hypothalamus. Pengambilan formula ini secara serentak akan memberikan kesan rawatan yang optimum.
  2. Formula ini adalah keperluan utama kepada setiap pelajar. Pengambilan makanan ringan dan rangup seperti keropok akan membebankan usus dan boleh menyebabkan daya fokus semakin berkurang.
  3. Formula ini membantu menentukan jam biologi tubuh terutama untuk menentapkan waktu tidur dan bangun tidur dengan tepat secara semulajadi.
  4. Aktiviti yang memerlukan tenaga fokus seperti memanah, memandu, bersukan dan sebagainya memerlukan penggunaan tenaga fokus yang tinggi.
  5. Formula ini amat membantu seseorang meningkatkan prestasi kerjaya dan perniagaan. Pengambilan formula ini secara berterusan membantu seseorang usahawan mencapat matlamat dengan lebih cepat.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 4

Nama Formula
Colour Energy Orgone
(CEO 4)
WarnaViolet
Frekuensi380 nanometer
Waktu Resonan1 jam selepas waktu pink
(2.00 pagi ke 3.00 pagi)
Physiology Ketika SihatBersungguh-sungguh
Physiology Ketika SakitTidak menentu. Tiada ketetapan.
Kawasan / OrganHypothalamus
Mata Kanan
Otak Kanan
Sistem pusat gementar
Tanda / SipmtomFikiran melayang Memikirkan perkara lain ketika sedang belajar.
Bercakap ketika orang lain sedang bercakap.
Bercakap dengan kawan ketika guru sedang mengajar.
Tidak khusyuk ketika solat.
Tidur tidak lena.
Tidur tidak puas.
Mimpi yang kerap
Gangguan dalam tidur.
Bangun tidur masih lesu.
Keletihan pada waktu pagi.
Tidur yang tidak sedar.
Fenomena tidur dihimpit.
Kesukaran tidur.
Banyak berfikir ketika hendak tidur.
Insomnia / tidak dapat tidur.
Mudah tertidur atau cepat mengantuk terutama semasa memandu.
Anak yang lembab atau penakut / malu / mengasingkan diri.
Kehilangan nafsu makan.
Kanak-kanak marah dan menangis. (boleh juga terjadi kepada orang tua)

Ringkasan Fungsi Formula CEO 3

Salah satu bahagian yang terdapat pada otak yang paling unik ialah bahagian yang mengawal daya rasa cinta. Tahap daya kecintaan ini terhasil dan juga memberikan kesan sikap yang tertentu kepada seseorang. Antaranya rasa ingin menghargai, keramahan dan memahami. Bahagian ini merupakan bahagian Thalamus. Melalui kaedah menterapikan dan mempotensikan tenaga di bahagian Thalamus, secara konsisten terbukti Thalamus memainkan peranan penting terhadap fungsi menjaga dan mengawal cinta yang mana juzuk daripada cinta ialah keupayaan seseorang itu menghargai diri orang lain serta memahami seseorang atau sesuatu input atau ilmu yang dipelajari. Malah jika bahagian ini dipotensikan sepenuhnya, ia menyumbang kepada kebolehan menyerap ilmu yang tinggi atau untuk lebih difahami dengan istilah “laduni”.

Kedudukan Thalamus

Kedudukan Thalamus

Formula CEO 3 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga kelenjar Thalamus. Kelenjar Thalamus yang diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.

Formula CEO 3

Formula CEO 3

Antara fungsi utama CEO 3

  1. Meningkatkan daya pemahaman dalam pembelajaran
  2. Merangsang rasa cinta
  3. Meningkatkan keramahan dan kemesraan
  4. Meningkatkan keberkesanan berkomunikasi
  5. Meningkatkan rasa ingin menghargai seseorang / sesuatu perkara

CEO 3 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;

  1. Trauma kecintaan / kekecewaan keterlaluan
  2. Sakit sebelah kepala
  3. Sakit dari atas kepala menurun ke belakang tengkuk
  4. Migrain
  5. Aktif berlebihan
  6. Kanak-kanak nakal / lasak
  7. Bayi menangis berpanjangan / sawan tangis / menangis tanpa sebab / menggunakan tangisan berlebihan sebagai psikologi untuk mendapat perhatian.
  8. Kerap mengeluarkan kata-kata kesat
  9. Suka melarikan diri daripada masalah / tidak mahu bertanggungjawab / langgar lari
  10. Suka berbohong
  11. Tidak menghargai harta benda / tidak memulangkan pinjaman / merosakkan harta benda
  12. Ketagihan mencuri
  13. Ketagihan dadah / alkohol / seks
  14. Mengambil kesempatan daripada amanah / pecah amanah
  15. Kurang siuman / kerasukan

Keterangan lanjut penggunaan formula CEO 3

1. Pengambilan CEO 3 perlulah dengan pasangannya CEO 18. CEO 3 mempunyai frekuensi yang menyamai dengan tenaga getaran bahagian Thalamus yang merupakan bahagian otak yang mengawal sistem peredaran darah. Manakalah CEO 18 mempunyai frekuensi yang mengawal fungsi dan tenaga sistem peredaran darah dan sistem otot. Apabila kawasan CEO 3 lemah, ia akan menyebabkan kawasan CEO 18 juga turut lemah dan sebaiknya  ia perlu dirawat secara serentak.

2. Thalamus (CEO 3)  ialah bahagian otak yang paling banyak menerima darah di dalam otak. Gangguan pada sistem darah (CEO 18) akan menyebabkan Thalamus mendapat tekanan darah yang kuat atau sekiranya bahagian CEO 3 lemah, ia tidak mampu menerima tekanan aliran darah. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang terasa pening atau sakit kepala atau jika keadaan berlanjutan, ia boleh menyebabkan migrain.

3. Mereka yang mengalami trauma kecintaan atau kekecewaan melibatkan pasangan yang dicintai, boleh menyebabkan seluruh tubuh menjadi sangat lemah dan jika trauma ini gagal dirawat dengan segera, ia boleh menjejaskan sistem darah dan otot.

4. Kanak-kanak yang terlalu nakal atau suka menipu atau suka mencuri adalah berkaitan dengan kelemahan pada bahagian Thalamus. Salah satu punca kelemahan Thalamus pada kanak-kanak ialah apabila mereka rasa diri terabai yang merupakan punca kepada berlakunya trauma kecintaan yang menuntut rasa ingin diberi perhatian, dihargai dan kasih sayang.

5. Pengambilan makanan yang mengandungi lemak trans (trans fat atau trans fatty acid) boleh melemahkan sistem darah, sistem otot dan Thalamus. Antara makanan yang mengandungi lemak trans ialah Butter, Margerine (mentega), Clarified Butter (minyak sapi) contohnya dalam makanan seperti kuih karipap, biskut raya, kek, nasi minyak, nasi kandar, sandwich, burger, makanan ringan yang dibungkus dan sebagainya. Kesan awal pengambilan lemak trans ialah penyumbatan atau penempelan di kawasan dinding arteri darah terutama di kawasan Thalamus. Kesan fizikal yang dapat dilihat ialah bibir kehitaman. Kita perlu hentikan pengambilan makanan seperti ini khususnya terhadap kanak-kanak.

6. Kombinasi kelemahan pada bahagian Thalamus (CEO 3) dengan sistem kelenjar endokrin boleh menyebabkan ketagihan untuk mencuri yang tinggi. Selain itu, gangguan penghasilan hormon oleh kelenjar endokrin juga boleh menyebabkan ketagihan yang tidak terkawal terhadap pengambilan dadah, ketagihan keinginan seksual yang tidak terkawal atau ketagihan untuk terus menipu dalam skala yang lebih besar.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 3

Nama Formula
Colour Energy Orgone 3
(CEO 3)
WarnaPink
Frekuensi380 nanometer
Waktu resonan1 jam selepas waktu putih
(1.00 pagi hingga 2.00 pagi)
Psikologi Ketika SihatKecintaan, memahami, menghargai
Psikologi Ketika SakitRenjatan emosi, trauma, keterlaluan
KawasanThalamus
Tanda / SimptomTrauma kecintaan / Kekecewaan keterlaluan
Sakit sebelah kepala
Sakit dari atas kepala menurun ke belakang tengkuk
Migrain
Aktif berlebihan
Kanak-kanak nakal / Lasak
Bayi menangis berpanjangan / sawan tangis / menangis tanpa sebab / menggunakan tangisan berlebihan sebagai psikologi untuk mendapat perhatian.
Kerap mengeluarkan kata-kata kesat
Suka melarikan diri daripada masalah / tidak mahu bertanggungjawab / langgar lari
Suka berbohong
Tidak menghargai harta benda / tidak memulangkan pinjaman / merosakkan harta benda
Ketagihan mencuri
Ketagihan dadah / alkohol / seks
Mengambil kesempatan daripada amanah / pecah amanah
Kurang siuman / kerasukan

Ringkasan Fungsi Formula CEO 2

Salah satu keunikan fungsi otak yang kompleks ialah keupayaan mengingat. Fungsi ini banyak berkaitan dengan satu kelenjar yang terletak di tengah-tengah kawasan otak iaitu Kelenjar Pituitari. Pituitari menghasilkan beberapa jenis hormon. Terdapat beberapa hormon yang telah dikenalpasti antaranya Adrenocorticotropic Hormone (ACTH), Antidiuretic Hormone (ADH), Follicle Stimulating Hormone (FSH) & Lutenizing Hormone(LH), Growth Hormone (GH), Oxytocin, Prolactin dan Thyroid Stiumlating Hormone (TSH), manakala lebih daripada 60% daripadanya tidak dapat dinamakan serta masih dikaji hingga ke hari ini. Kajian tersebut banyak melibatkan beberapa fungsi yang menakjubkan seperti daya ingatan, keupayaan merancang dan mengatur, merangsang pertumbuhan sel dan tubuh, serta mengekal dan memanjangkan hayat sesuatu sel, tisu dan organ. Attitude Therapy telah mengkaji fungsi dan kehebatan kelenjar Pituitari apabila ia dipotensikan dengan frekuensi yang menyamai dengan getaran tenaganya.

Kelenjar Pituitari

Kedudukan Kelenjar Pituitari

Formula CEO 2 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga kelenjar Pituitari. Kelenjar Pituitari yang diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.

 

CEO 2

Formula Colour Energy Orgon 2

Antara fungsi utama CEO 2

  1. Melancarkan fungsi endokrin (kelenjar-kelenjar lain pada tubuh)
  2. Merangsang pembesaran kanak-kanak
  3. Membina sel otak untuk pemikiran merancang
  4. Menguatkan daya ingatan
  5. Mempercepatkan pertuturan kanak-kanak (artikulasi)
  6. Merangsang pertumbuhan bayi dalam kandungan
  7. Menjana tenaga keseimbangan untuk wanita
  8. Menguatkan sistem imun untuk wanita dan kanak-kanak
  9. Mengekalkan awet muda

CEO 2 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;

  1. Wanita kedinginan (dalam hubungan suami isteri).
  2. Pelupa (jangka pendek atau pelupa keterlaluan)
  3. Nyanyuk
  4. Orang dewasa yang berfikiran kebudak-budakan
  5. Gagap
  6. Keupayaan memahami pertuturan (sindrom Afasia)
  7. Sawan (epilepsi)
  8. Bayi lahir belum cukup bulan
  9. Kanak-kanak yang mengalami trauma (akibat kurang perhatian ibu bapa)
  10. Parkinson (pergerakan luar kawalan), atau simptom jalan seperti robot

Keterangan lanjut penggunaan formula CEO 2;

1. Pengambilan CEO 2 perlulah dengan pasangan CEO 20 iaitu bahagian sistem tulang dan saraf. Bahagian CEO 1 terbina daripada tisu saraf dan terdapat unsur dalam pembentukan tisu Pituitari menyamai tisu tulang. Untuk rawatan Pituitari, CEO 2 ialah rawatan untuk tenaga dan fungsi, manakala CEO 20 ialah rawatan struktur organ Pituitari itu sendiri.

2. Wanita juga memerlukan “tenaga batin” dimana pusat kawalan tenaga tersebut ditentukan oleh kelenjar Pituitari. CEO 2 memberi harapan baru kepada wanita. Selain itu, ia membantu mengelakkan sindrom cepat menopause bagi wanita dewasa atau cepat baligh (haid bermula awal) bagi kanak-kanak perempuan.

3. Biasanya seseorang yang mengalami kelemahan pada kelenjar Pituitari akan mengalami sindrom pendek (ketinggian tubuh tidak normal) atau mengalami masalah tumbesaran (terbantut) atau kekerdilan.

4. Seseorang yang mengalami kelemahan pada bahagian kelenjar Pituitari boleh mengalami lebih daripada satu simptom yang dinyatakan dalam post ini. Tahap kelemahan kelenjar Pituitari dapat diperhatikan daripada pertambahan sesuatu simptom. Misalnya, masalah gangguan refleks secara tipikal dalam penyakit Lobus Frontal Contralateral (biasanya berpunca daripada trouma kecederaan akibat hentakan pada keseluruhan tubuh atau di kepala, rasa diri diabaikan atau kanak-kanak yang ibu bapa sibuk bekerja, demam panas), apabila berlarutan akan menyebabkan Afasia (keupayaan mengingat) hingga boleh menyebabkan simptom epilepsi atau boleh berisiko mendapat alzheimer.

5. Kelemahan pada sistem kelenjar boleh merisikokan seseorang untuk mendapat kanser. CEO 2 ialah immunisasi terbaik mengelak kanser.

6. Kelenjar Pituitari berperanan dalam usaha mengekalkan hayat sesuatu sel malah mengembalikan semula tenaga sesuatu sel (kemudaan sel semula). Kesan ketara dapat dilihat pada garisan kedutan atau garis halus pada wajah dapat dihilangkan apabila kelenjar Pituitari dioptimumkan fungsinya.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 2

Jadual Ringkasan CEO 2

Nama Formula
Colour Energy Orgon
(CEO 2)
WarnaPutih
FrequensiBawah 200 nanometer
Waktu Resonan2 jam selepas Isyak hingga selama 2 jam
(11.00 malam hingga 1.00 pagi)
Physiology Ketika SihatTerurus, terancang
Physiology Ketika SakitKelam kabut, pelupa
Kawasan / OrganKelenjar Pituitari
Tanda / SimptomWanita kedinginan
Pelupa
Nyanyuk
Gagap
Kanak-kanak lewat bercakap
Menopause awal
Haid awal
Kelihatan tua
Kebudak-budakan
Afasia
Epilepsi / sawan
Alzheimer
Parkinson
Bayi tidak cukup bulan

Ringkasan Fungsi Formula CEO 1

Terdapat satu kelenjar yang sangat kecil di dalam kepala yang terletak di pangkal hulu saraf tunjang yang dinamakan kelenjar Pineal. Bahagian ini masih misteri di dalam dunia keilmuan biologi. Tetapi dalam keilmuan quantum biofizik, Pineal telah banyak dihuraikan dan banyak manfaat dapat diperolehi apabila frekuensi tenaganya dapat dikesan dan masalah yang diberkaitan dengan fungsi Pineal dapat dirawat.

Kedudukan Kelenjar Pineal

Kedudukan Kelenjar Pineal

Formula CEO 1 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga kelenjar Pineal. Kelenjar Pineal yang diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah boleh potensi fungsinya boleh dipertingkatkan.

CEO 1

CEO 1

Antara fungsi utama CEO 1;

  1. Meningkatkan sistem immune (ketahanan badan)
  2. Meningkatkan tenaga
  3. Memulihkan kesan trouma
  4. Memulihkan semangat
  5. Meningkatkan keyakinan
  6. Memberikan tenaga keseimbangan untuk lelaki

CEO 1 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;

  1. Aktif berlebihan
  2. Keletihan yang berpanjangan
  3. Kejutan kemalangan
  4. Luka dan mengawal jangkitan / virus
  5. Hilang keceriaan
  6. Lembap dalam pergerakan
  7. Malas
  8. Mudah terperanjat
  9. Delusi dan halusinasi
  10. Bersangka negatif dan terlalu merandah diri
  11. Skizophrenia
  12. Koma / tidak sedarkan diri
  13. Kelesuan yang menyeluruh

Keterangan lanjut penggunaan formula CEO 1;

  1. Pasangan dengan CEO 20 iaitu Sistem Tulang dan Sistem Saraf. Kelenjar Pineal terbina daripada sel saraf yang turut memerlukan kekuatan sel saraf daripada rawatan formula CEO 20.
  2. Pasangan dengan CEO 19 jika mengalami masalah usus kronik seperti kanser usus.
  3. Pasangan dengan CEO 18 jika mengalami masalah sistem darah dan otot kronik seperti kanser darah dan leukimia.
  4. CEO 1 perlu diambil pada waktu malam. Frequensi yang dihasil oleh warna atmosfera akan menyamai dengan CEO 1 pada waktu tengah malam di antara waktu Isyak ke waktu Subuh yang dianggarkan berlaku pada pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi.
  5. Pengambilan CEO 1 penting diambil sebagai formula pertama dalam rawatan masalah kronik kerana ia membantu menguatkan saraf agar penyerapan tenaga daripada formula-formula yang lain menjadi lebih berkesan.
  6. Formula CEO 1 boleh dijadikan sebagai salah satu kid bantuan kesemasan untuk dibawa ke mana-mana.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 1

Jadual Ringkasan CEO 1

Nama Formula
Colour Energy Orgon 1
(CEO 1)
WarnaPutih / Sinar
FrequensiBawah 1 nanometer menghampiri 0
Waktu Resonan2 jam selepas Isyak hingga selama 2 jam
(11.00 malam hingga 1.00 pagi)
Psikologi Ketika SihatAktif, mood baik, semangat
Psikologi Ketika SakitMuram, angau, tiada mood
KawasanUbun-ubun kepala
Kelenjar Pineal
Tanda / SimptomHiperaktif
Keletihan
Kejutan kemalangan
Terhentak / terhantuk
Terjatuh / terhempas
Trouma terhadap peristiwa
Luka
Semangat
Keyakinan
Hilang keceriaan
Lembab pergerakan
Malas
Mudah terperanjat
Tenaga batin lelaki
Delusi
Halunisasi
Koma / pengsan
Kelesuan