Ringkasan Fungsi Formula CEO 4

Bahagian dalam otak yang paling dominan menjaga fungsi tumpuan ialah Hypothalamus. Bahagian Hypothalamus yang dipertenagakan dan dipotensikan berkeupayaan membantu seseorang untuk mempunyai daya tumpuan yang tinggi. Daya fokus amat diperlukan untuk membantu tidur yang mudah dan lena. Oleh itu bahagian Hypothalamus juga membantu mengawal tidur. Daya fokus yang dioptimumkan bukan sahaja membantu dari segi biologi tubuh, malah turut membantu perkembangan prestasi dan pencapaian seseorang terutama dalam pelajaran dan kerjaya seharian.

Struktur Hypothalamus

Struktur Hypothalamus

Formula CEO 4 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga kelenjar Hypothalamus. Kelenjar Hypothalamus yang diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.

Formula Colour Energy Orgone 4

Formula Colour Energy Orgone 4

Antara fungsi utama CEO 4

  1. Meningkatkan daya tumpuan.
  2. Membantu tumpuan pelajar.
  3. Pengawalan suhu tubuh terutama meningkatkan suhu badan.
  4. Pengawalan nafsu makan dan kekenyangan.
  5. Pengawalan sistem penghadaman terutama usus.
  6. Pengawalan kelakuan emosi
  7. Mengimbangi cecair tubuh dan makanan.

CEO 4 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;

  1. Fikiran melayang / memikirkan perkara lain ketika sedang belajar.
  2. Bercakap ketika orang lain sedang bercakap.
  3. Bercakap dengan kawan ketika guru sedang mengajar.
  4. Tidak khusyuk ketika solat.
  5. Tidur tidak lena / tidak puas.
  6. Mimpi yang kerap atau gangguan dalam tidur.
  7. Bangun tidur masih lesu atau keletihan pada waktu pagi.
  8. Tidur yang tidak sedar.
  9. Fenomena tidur dihimpit.
  10. Kesukaran tidur / banyak berfikir ketika hendak tidur.
  11. Insomnia / tidak dapat tidur
  12. Mudah tertidur atau cepat mengantuk terutama semasa memandu.
  13. Anak yang lembab atau penakut / malu / mengasingkan diri.
  14. Kehilangan nafsu makan.
  15. Kanak-kanak marah dan menangis. (boleh juga terjadi kepada orang tua)

Keterangan lanjut penggunaan formula CEO 4

  1. CEO 4 perlu diambil bersama pasangannya iaitu CEO 19. CEO 19 ialah formula yang menyamai dengan tenaga usus. Aktiviti tenaga usus dikawal oleh Hypothalamus. Kelemahan tenaga pada usus akan membebankan Hypothalamus dan boleh menjejaskan tenaga Hypothalamus. Pengambilan formula ini secara serentak akan memberikan kesan rawatan yang optimum.
  2. Formula ini adalah keperluan utama kepada setiap pelajar. Pengambilan makanan ringan dan rangup seperti keropok akan membebankan usus dan boleh menyebabkan daya fokus semakin berkurang.
  3. Formula ini membantu menentukan jam biologi tubuh terutama untuk menentapkan waktu tidur dan bangun tidur dengan tepat secara semulajadi.
  4. Aktiviti yang memerlukan tenaga fokus seperti memanah, memandu, bersukan dan sebagainya memerlukan penggunaan tenaga fokus yang tinggi.
  5. Formula ini amat membantu seseorang meningkatkan prestasi kerjaya dan perniagaan. Pengambilan formula ini secara berterusan membantu seseorang usahawan mencapat matlamat dengan lebih cepat.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 4

Nama Formula
Colour Energy Orgone
(CEO 4)
WarnaViolet
Frekuensi380 nanometer
Waktu Resonan1 jam selepas waktu pink
(2.00 pagi ke 3.00 pagi)
Physiology Ketika SihatBersungguh-sungguh
Physiology Ketika SakitTidak menentu. Tiada ketetapan.
Kawasan / OrganHypothalamus
Mata Kanan
Otak Kanan
Sistem pusat gementar
Tanda / SipmtomFikiran melayang Memikirkan perkara lain ketika sedang belajar.
Bercakap ketika orang lain sedang bercakap.
Bercakap dengan kawan ketika guru sedang mengajar.
Tidak khusyuk ketika solat.
Tidur tidak lena.
Tidur tidak puas.
Mimpi yang kerap
Gangguan dalam tidur.
Bangun tidur masih lesu.
Keletihan pada waktu pagi.
Tidur yang tidak sedar.
Fenomena tidur dihimpit.
Kesukaran tidur.
Banyak berfikir ketika hendak tidur.
Insomnia / tidak dapat tidur.
Mudah tertidur atau cepat mengantuk terutama semasa memandu.
Anak yang lembab atau penakut / malu / mengasingkan diri.
Kehilangan nafsu makan.
Kanak-kanak marah dan menangis. (boleh juga terjadi kepada orang tua)