Ringkasan Fungsi Formula CEO 6

Masalah pada bahagian sinus merupakan masalah yang dihadapi hampir kepada semua orang. Sehingga ia digelar sebagai “penyakit sinus”. Sinus bukan nama penyakit, ia dikawal oleh bahagian otak Olfactory Bulb. Olfactory Bulb mengawal sistem kederiaan di sekitar kawasan sinus, hidung, tongsil dan adenoids.

Kedudukan Olfactory Bulb

Kedudukan Olfactory Bulb

Sinus, Tonsil, Adenoids

Sinus, Tonsil, Adenoids

Terdapat simptom yang sangat halus tetapi menunjukkan dengan jelas ia adalah kelemahan pada bahagian yang dikawal oleh Olfactory Bulb. Cuba perhatikan tanda-tanda seperti berikut;

Hidung berhingus pada waktu pagi.
Hidung tersumbat pada waktu pagi.
Kerap menyedut hidung yang mengeluarkan bunyi “keh”.
Kerap haus walaupuan baru minum atau kerap minum.

Tidak perlu menunggu sehingga masalah berkaitan sinus dan tonsil menjadi kronik, sebaliknya segeralah berikhtiar mendapatkan rawatan apabila tanda-tanda kelemhan pada bahagian ini mulai muncul.

Formula CEO 6 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga Olfactory Bulb termasuk bahagian sinus, hidung, tonsil dan adenoids. Apabila bahagian ini diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi, ia akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.

Manusia mempunyai 40 juta olfactory reseptor yang berpotensi mengesan dan memproses kira-kira 10,000 jenis bau. Dalam keadaan tidak berpotensi disebabkan faktor stress dalam kehidupan normal, manusia hanya menggunakan potensi mengesan bau kurang 40% daripada potensi sebenar. Apabila potensi ditingkatkan, ia boleh membantu anda mengenal siapa yang berada di belakang anda melalui bau separa sedar.

Formula Colour Energy Orgone 6

Formula Colour Energy Orgone 6

Antara fungsi utama CEO 6

  1. Menguatkan deria bau.
  2. Meningkatkan selera makan.
  3. Melicinkan kulit di bahagian hidung dan muka.

CEO 4 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;

  1. Hidung tersumbat
  2. Berhingus
  3. Sakit di antara dua kening
  4. Pernafasan di bahagian hidung berbunyi
  5. Sakit di bahagian muka
  6. Resdung / gatal di hidung, mata, telinga dan muka
  7. Alergi pernafasan (rasa lemas di bilik kecil)
  8. Hidung miang / gatal
  9. Pernafasan berbau
  10. Bernanah / berlendir di hidung
  11. Polyp (Polip / bengkak / ketumbuhan dalam hidung)
  12. Pernafasan melalui mulut kerana gangguan hidung
  13. Hyposmia (hilang deria bau)
  14. Citarasa makanan tidak sedap walaupun sedang kelaparan
  15. Whitehead dan blackhead
  16. Jerawat di hidung
  17. Batuk yang berpanjangan
  18. Gangguan nafsu seksual (sama ada terlalu dingin atau ketagihan)
  19. Ketagihan dadah, alkohol dan rokok

Keterangan lanjut penggunaan formula CEO 6

1. Apabila badan diserang pencemaran akibat daripada bakteria, habuk, debu, kekotoran udara, maka bahagian pertama yang sensitif mengalami kesan ini ialah muka. Udara yang melalui bahagian hidung akan ditapis, dipanas dan dilembabkan.

2. Sinus, tonsil dan adenoids akan bertindak pada tahap pertama daya tahan. Keadaan pernafasan yang tercemar akan memberi kesan ketahanan paru-paru yang boleh menyebabkan batuk. Berada di kawasan yang beriklim panas dan kering (biasanya di luar negara) boleh menyebabkan tonsil dan adenoids lemah dah membengkak yang menjadi punca rasa kehausan yang melampau.

3. Makanan yang berkolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, siput kerang (makanan laut selain ikan) atau organ dalaman haiwan seperti hati, paru, perut, usus (yang bukan daging merah) boleh menyebakan tubuh badan tidak berkeupayaan untuk menghadamnya sehingga dianggap sebagai bendasing dalam badan. Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan Olfactory Bulb (CEO 6) berkerja lebih keras dan membeban serta melemahkannya.

4. Memberi kesan psikologi citarasa kerana peranan Olfactory Bulb (CEO 6) terbukti menjalankan fungsi selera makan apabila ia berada dalam keadaan yang bertenaga dan sihat.

5. Kedinginan seksual ditentukan oleh kekuatan Olfactory Bulb (CEO 6). Terlalu aktif melakukan hubungan kelamin boleh melemahkan fungsi CEO 6 dan menyebabkan seseorang kerap selsema. CEO 6 perlu diambil bersama CEO 16 (getaran tenaga hormon untuk ovari atau testis) atau CEO 17 (getaran tenaga alat kelamin).

6. Kanak-kanak yang tidak ada cita-cita yang tetap atau kurang membicarakan tentang masa hadapan adalah tanda kelemahan CEO 6.

7. Kekuatan Olfactory Bulb yang dipotensikan menjadikan seseorang berkeupayaan mengesan lebih banyak bau dan dapat merasai kehadiran seseorang yang masih jauh secara minda separa sedar. Selain itu, ia membantu mencari barang yang hilang dengan lebih cepat secara minda separa sedar.

8. Masalah jangkitan resdung mudah dirawat jika CEO 6 diambil bersama rawatan untuk menguatkan struktur tulang dalam rongga sinus menggunakan formula CEO 1 (getaran tenaga saraf pada Olfactory Bulb) dan CEO 20 (getaran tenaga tulang pada rongga sinus)

9. Otak Olfactory Bulb (CO 6) berkeupayaan mengeluarkan getaran tenaga untuk menghalang jangkitan. Kelemahan Olfactory Bulb akan menyebabkan kawasan kulit pada bahagian sinus akan merengsa dan membengkak hingga menyebabkan tumbuhnya polyp. Polyp juga boleh tumbuh di bahagian ovari kerana bahagian tersebut juga mempunyai getaran tenaga yang menyamai bahagian sinus. Rawatan polyp atau ketumbuhan seperti fibroid pada ovari perlu menggunakan rawatan CEO 6 dan CEO 16.

10. Mereka yang lemah pada bahagian CEO 6 secara berpanjangan turut mengalami masalah “Penyakit Puan” seperti senggugut.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 6

Nama Formula
Colour Energy Orgone 6
WarnaIndigo
Frequensi437 nanometer
Waktu resonan2 jam selepas waktu pink
(2.00 pagi hingga 4.00 pagi
Psikologi Ketika SihatRedho
Cita-cita
Citarasa
Nafsu
Psikologi Ketika SakitTiada ketetapan
Kedinginan
KawasanOlfactory Bulb
Sinus
Tonsil
Adenoids
Tanda/simptomMenguatkan deria bau.
Meningkatkan selera makan.
Melicinkan kulit di bahagian hidung dan muka.
Hidung tersumbat
Berhingus
Sakit di antara dua kening
Pernafasan di bahagian hidung berbunyi
Sakit di bahagian muka
Resdung / gatal di hidung, mata, telinga dan muka
Alergi pernafasan (rasa lemas di bilik kecil)
Hidung miang / gatal
Pernafasan berbau
Bernanah / berlendir di hidung
Polyp (Polip / bengkak / ketumbuhan dalam hidung)
Pernafasan melalui mulut kerana gangguan hidung
Hyposmia (hilang deria bau)
Citarasa makanan tidak sedap walaupun sedang kelaparan
Whitehead dan blackhead
Jerawat di hidung
Batuk yang berpanjangan
Gangguan nafsu seksual (sama ada terlalu dingin atau ketagihan)
Ketagihan dadah, alkohol dan rokok