Ringkasan Fungsi Formula CEO 3

Salah satu bahagian yang terdapat pada otak yang paling unik ialah bahagian yang mengawal daya rasa cinta. Tahap daya kecintaan ini terhasil dan juga memberikan kesan sikap yang tertentu kepada seseorang. Antaranya rasa ingin menghargai, keramahan dan memahami. Bahagian ini merupakan bahagian Thalamus. Melalui kaedah menterapikan dan mempotensikan tenaga di bahagian Thalamus, secara konsisten terbukti Thalamus memainkan peranan penting terhadap fungsi menjaga dan mengawal cinta yang mana juzuk daripada cinta ialah keupayaan seseorang itu menghargai diri orang lain serta memahami seseorang atau sesuatu input atau ilmu yang dipelajari. Malah jika bahagian ini dipotensikan sepenuhnya, ia menyumbang kepada kebolehan menyerap ilmu yang tinggi atau untuk lebih difahami dengan istilah “laduni”.

Kedudukan Thalamus

Kedudukan Thalamus

Formula CEO 3 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga kelenjar Thalamus. Kelenjar Thalamus yang diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.

Formula CEO 3

Formula CEO 3

Antara fungsi utama CEO 3

  1. Meningkatkan daya pemahaman dalam pembelajaran
  2. Merangsang rasa cinta
  3. Meningkatkan keramahan dan kemesraan
  4. Meningkatkan keberkesanan berkomunikasi
  5. Meningkatkan rasa ingin menghargai seseorang / sesuatu perkara

CEO 3 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;

  1. Trauma kecintaan / kekecewaan keterlaluan
  2. Sakit sebelah kepala
  3. Sakit dari atas kepala menurun ke belakang tengkuk
  4. Migrain
  5. Aktif berlebihan
  6. Kanak-kanak nakal / lasak
  7. Bayi menangis berpanjangan / sawan tangis / menangis tanpa sebab / menggunakan tangisan berlebihan sebagai psikologi untuk mendapat perhatian.
  8. Kerap mengeluarkan kata-kata kesat
  9. Suka melarikan diri daripada masalah / tidak mahu bertanggungjawab / langgar lari
  10. Suka berbohong
  11. Tidak menghargai harta benda / tidak memulangkan pinjaman / merosakkan harta benda
  12. Ketagihan mencuri
  13. Ketagihan dadah / alkohol / seks
  14. Mengambil kesempatan daripada amanah / pecah amanah
  15. Kurang siuman / kerasukan

Keterangan lanjut penggunaan formula CEO 3

1. Pengambilan CEO 3 perlulah dengan pasangannya CEO 18. CEO 3 mempunyai frekuensi yang menyamai dengan tenaga getaran bahagian Thalamus yang merupakan bahagian otak yang mengawal sistem peredaran darah. Manakalah CEO 18 mempunyai frekuensi yang mengawal fungsi dan tenaga sistem peredaran darah dan sistem otot. Apabila kawasan CEO 3 lemah, ia akan menyebabkan kawasan CEO 18 juga turut lemah dan sebaiknya  ia perlu dirawat secara serentak.

2. Thalamus (CEO 3)  ialah bahagian otak yang paling banyak menerima darah di dalam otak. Gangguan pada sistem darah (CEO 18) akan menyebabkan Thalamus mendapat tekanan darah yang kuat atau sekiranya bahagian CEO 3 lemah, ia tidak mampu menerima tekanan aliran darah. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang terasa pening atau sakit kepala atau jika keadaan berlanjutan, ia boleh menyebabkan migrain.

3. Mereka yang mengalami trauma kecintaan atau kekecewaan melibatkan pasangan yang dicintai, boleh menyebabkan seluruh tubuh menjadi sangat lemah dan jika trauma ini gagal dirawat dengan segera, ia boleh menjejaskan sistem darah dan otot.

4. Kanak-kanak yang terlalu nakal atau suka menipu atau suka mencuri adalah berkaitan dengan kelemahan pada bahagian Thalamus. Salah satu punca kelemahan Thalamus pada kanak-kanak ialah apabila mereka rasa diri terabai yang merupakan punca kepada berlakunya trauma kecintaan yang menuntut rasa ingin diberi perhatian, dihargai dan kasih sayang.

5. Pengambilan makanan yang mengandungi lemak trans (trans fat atau trans fatty acid) boleh melemahkan sistem darah, sistem otot dan Thalamus. Antara makanan yang mengandungi lemak trans ialah Butter, Margerine (mentega), Clarified Butter (minyak sapi) contohnya dalam makanan seperti kuih karipap, biskut raya, kek, nasi minyak, nasi kandar, sandwich, burger, makanan ringan yang dibungkus dan sebagainya. Kesan awal pengambilan lemak trans ialah penyumbatan atau penempelan di kawasan dinding arteri darah terutama di kawasan Thalamus. Kesan fizikal yang dapat dilihat ialah bibir kehitaman. Kita perlu hentikan pengambilan makanan seperti ini khususnya terhadap kanak-kanak.

6. Kombinasi kelemahan pada bahagian Thalamus (CEO 3) dengan sistem kelenjar endokrin boleh menyebabkan ketagihan untuk mencuri yang tinggi. Selain itu, gangguan penghasilan hormon oleh kelenjar endokrin juga boleh menyebabkan ketagihan yang tidak terkawal terhadap pengambilan dadah, ketagihan keinginan seksual yang tidak terkawal atau ketagihan untuk terus menipu dalam skala yang lebih besar.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 3

Nama Formula
Colour Energy Orgone 3
(CEO 3)
WarnaPink
Frekuensi380 nanometer
Waktu resonan1 jam selepas waktu putih
(1.00 pagi hingga 2.00 pagi)
Psikologi Ketika SihatKecintaan, memahami, menghargai
Psikologi Ketika SakitRenjatan emosi, trauma, keterlaluan
KawasanThalamus
Tanda / SimptomTrauma kecintaan / Kekecewaan keterlaluan
Sakit sebelah kepala
Sakit dari atas kepala menurun ke belakang tengkuk
Migrain
Aktif berlebihan
Kanak-kanak nakal / Lasak
Bayi menangis berpanjangan / sawan tangis / menangis tanpa sebab / menggunakan tangisan berlebihan sebagai psikologi untuk mendapat perhatian.
Kerap mengeluarkan kata-kata kesat
Suka melarikan diri daripada masalah / tidak mahu bertanggungjawab / langgar lari
Suka berbohong
Tidak menghargai harta benda / tidak memulangkan pinjaman / merosakkan harta benda
Ketagihan mencuri
Ketagihan dadah / alkohol / seks
Mengambil kesempatan daripada amanah / pecah amanah
Kurang siuman / kerasukan

Semoga maklumat yang diterbitkan dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca. Diharapkan agar semua sentiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy, sila hubungi saya pada alamat yang tertera atau mengisi Borang Analisa di sidebar kanan.

PROF. DR. HJ. ARIFFAIZAL BIN HJ. MOHD NOR ARIFFIN
No. 91, Jalan Raja Musa Mahadi
31350 Taman Hillview
Ipoh, Perak
Malaysia

Email: anda boleh bertanya melalui email
Call atau SMS 016-3315761
HP: +6016-3315761
SMS sangat digalakkan

Berbual dengan saya melalui
Yahoo! Messenger

silah ketik butang di bawah

Speak Your Mind

Connect with Facebook

*

m4s0n501