Ringkasan Fungsi Formula CEO 7

Otak yang paling banyak mengawal organ-organ kederiaan fizikal (kecuali hidung) ialah bahagian Serebrum dan Serebelum. Ia juga turut mengawal deria kulit secara tidak langsung. Antara organ kederiaan yang dimaksudkan ialah mata, telinga dan lidah. Selain itu, ia juga turut mengawal tekanan darah dan tahap gula dalam darah. Kesemua tisu sel dan organ organ-organ ini mempunyai getaran tenaga yang sama bacaan frekuensinya dan digelar CEO 7 atau Colour Energy Orgone 7.

Gambarajah di bawah menunjukkan kawasan yang melibatkan CEO 7.

Kawasan melibatkan CEO 7

Kawasan melibatkan CEO 7

Kawasan CEO 7 turut meliputi soket mata, saraf mata, keseluruhan organ telinga, kawasan mulut seperti gigi, lidah, gusi, rahang, saluran dari telinga ke tekak (eustachian tube), otak serebrum, otak serebelum, tulang cervical C2 C3 C4, dan mastoid (tulang membonjol di belakang telinga).

Kawasan CEO 7 mempunyai pembawakan karektor yang berkaitan dengan citarasa dan tindakan rasional atau matang. Namun apabila kawasan ini lemah, ia boleh memberi kesan karektor yang suka cerewet dan mengeluh.

Formula CEO 7 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga yang menyamai organ-organ kederiaan dan otak yang mengawalnya. Apabila bahagian ini diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi, ia akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.

Formula Colour Energy Orgine 7

Formula Colour Energy Orgine 7

Otak serebrum dan serebelum turut mengawal suhu tubuh, tekanan darah tinggi, tahap gula dan kesedaran kawalan aktiviti seksual. Apabila tenaga otak ini dioptimumkan, ia turut mengoptimumkan fungsi yang dikawal oleh otak ini.

Antara Fungsi Utama CEO 7

1. Mengawal suhu badan / mudah menyesuaikan diri terhadap iklim persekitaran.
2. Mudah redha.
3. Kesedaran terhadap aktiviti seksual.
4. Kepekaan daya pendengaran.
5. Ketajaman daya penglihatan.
6. Kepekaan daya merasa makanan.
7. Kepekaan deria rasa kulit.

CEO 7 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut;

1. Meredakan dan memulihkan demam.
2. Menstabilkan suhu badan yang tinggi.
3. Sakit semasa tumbuh gigi.
4. Kekejangan.
5. Sakit telinga.
6. Gangguan pendengaran.
7. Telinga bergema.
8. Pekak / bisu.
9. Demam tiba-tiba akibat kerja berat atau perubahan keadaan persekitaran.
10. Tekanan darah tinggi.
11. Sakit mata.
12. Buta warna.
13. Berpeluh dan menggigil.
14. Cluster headaches (sakit sebelah mata dan mengeluarkan air mata, biasanya mata kanan).
15. Arteriosclerosis Carotid Artery (penyumbatan saluran darah di kepala).
16. Masalah rambut gugur.

Keterangan lanjut penggunaan formula CEO 7;

1. Otak Serebrum dan Selebelum turut mengawal bahagian organ penghadaman iaitu Hati, Perut, Limpa (CEO 12), Hempedu, Duodenum (CEO 14), Pankreas (CEO 15) serta organ perkumuhan iaitu liang peluh pada kulit (CEO 14) dan buah pinggang (CEO 13) . CEO 7 seseorang boleh menjadi lemah disebabkan oleh faktor amalan pemakanan yang menyebabkan kelemahan pada mana-mana organ penghadaman. Selagi kawasan penghadaman atau perkumuman ini tidak dirawat, selagi itu kawasan CEO 7 sukar untuk pulih sepenuhnya. Oleh itu, pengambilan rawatan untuk masalah pada CEO 7 perlu disertai dengan rawatan pada CEO 12, CEO 13, CEO 14 atau CEO 15.

2. Penyakit darah tinggi adalah gejala penyakit yang melibatkan kombinasi kelemahan pada CEO 7 dengan mana-mana bahagian antara CEO 12, CEO 13, CEO 14 atau CEO 15. Ini bermaksud, seseorang yang mengalami gejala tekanan darah tinggi adalah mereka yang perlu memulihkan organ penghadaman yang melibatkan masalah kolestrol, protein tinggi yang boleh menjadi plak di dinding saluran darah. Plak ini akan menyebabkan banyak penyumbatan pada saluran darah yang akan menjadikan tekanan darah bertambah kuat. Memulihkan organ penghadaman akan membantu memecahkan plak secara semulajadi dan memulihkan semula masalah penyakit darah tinggi.

3. Penyakit kencing manis (diabetes) disebabkan oleh peningkatan kadar gula sedangkan penghasilan insulin oleh Pankreas (CEO 15) berkurang. Aktivi Pankreas (CEO 15) dikawal oleh bahagian otak Serebelum dan Serebrum (CEO 7). Insulin boleh dihasilkan semula secara optimum sekiranya tenaga Pankreas (CEO 15) dan otak yang mengawalnya (CEO 7) dipertenagakan. Proses rawatan ini berlaku secara selamat dan semulajadi oleh tubuh, insyaAllah. Penyakit kencing manis yang kronik akan menyebabkan buah pinggang menjadi lemah kerana terpaksa memproses untuk membuang gula berlebihan. Ketika itu rawatan mereka yang menjalani dialisis perlu mengambil rawatan CEO 7 berserta rawatan Buah Pinggang (CEO 13). Masalah diabetes yang menyebabkan sesuatu luka sukar sembuh perlu membuat rawatan CEO 7 dengan Kulit (CEO 14). Untuk sesuatu penyakit kencing manis, biasanya memerlukan rawatan yang lebih lengkap dengan kaedah Attitude Therapy supaya lebih cepat sembuh, insyaAllah.

4. Untuk merawat masalah demam, formula CEO 7 perlu diambil berterusan setiap 5 minit sehingga demam sembuh sepenuhnya dalam masa beberapa jam.

5. Keguguran rambut yang berterusan pada jumlah yang banyak adalah disebabkan oleh suhu badan yang tinggi. Pengambilan CEO 7 membantu mengawal suhu badan dan mengelakkan keguguran rambut.

6. Kelamahan pada CEO 7 terhadap seseorang akan menyebabkan lebih daripada satu simptom yang muncul. Misalnya mereka yang mengalami masalah telinga selalu berdengung akan turut mengalami masalah bibir pecah akibat suhu panas. Atau mata kabur akan turut menyebabkan sakit di belakang kepala. Mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau kencing manis akan turut mengalami kelamahan pada mana-mana kawasan yang melibatkan CEO 7.

7. Pengambilan sesuatu makanan yang tinggi lemak dan protein yang berlebihan akan menjejaskan sistem penghadaman dan perkumuhan yang akan turut menjejaskan CEO 7.

8. Elakkan pengambilan makanan yang berat pada waktu malam kerana ia sukar dihadam dan boleh melemahkan CEO 7. Tidur awal dalam keadaan lena pada waktu kegelapan malam akan membantu menguatkan fungsi CEO 7.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 7

Nama Formula
Colour Energy Orgone 7
WarnaIndigo
Frekuensi444 nanometer
Psikologi Ketika SihatCitarasa
Matang
Psikologi Ketika SakitCerewet
Mengharap
Kawasan/OrganSerebrum
Serebelum
Mata
Soket mata
Saraf mata
Organ telinga
Cuping telinga
Salur eustachian
Cervical 2
Cervical 3
Cervical 4
Mastoid
Mulut
Bibir
Gigi
Gusi
Rahang
Lidah
Tanda/SimptomMengawal suhu badan / mudah menyesuaikan diri terhadap iklim persekitaran.
Mudah redha.
Kesedaran terhadap aktiviti seksual.
Kepekaan daya pendengaran.
Ketajaman daya penglihatan.
Kepekaan daya merasa makanan.
Kepekaan deria rasa kulit.
Meredakan dan memulihkan demam.
Mestabilkan suhu badan yang tinggi.
Sakit semasa tumbuh gigi.
Kekejangan.
Sakit telinga.
Gangguan pendengaran.
Telinga bergema.
Pekak / bisu.
Demam tiba-tiba akibat kerja berat atau perubahan keadaan persekitaran.
Tekanan darah tinggi.
Sakit mata.
Buta warna.
Berpeluh dan menggigil.
Cluster headaches (sakit sebelah mata dan mengeluarkan air mata, biasanya mata kanan).
Arteriosclerosis Carotid Artery (penyumbatan saluran darah di kepala).
Masalah rambut gugur.

Semoga maklumat yang diterbitkan dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca. Diharapkan agar semua sentiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan jika ada masalah kesihatan yang berkaitan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy, sila hubungi saya pada alamat yang tertera atau mengisi Borang Analisa di sidebar kanan.

PROF. DR. HJ. ARIFFAIZAL BIN HJ. MOHD NOR ARIFFIN
No. 91, Jalan Raja Musa Mahadi
31350 Taman Hillview
Ipoh, Perak
Malaysia

Email: anda boleh bertanya melalui email
Call atau SMS 016-3315761
HP: +6016-3315761
SMS / WhatsApp / Viber / WeChat / PM FB sangat digalakkan

Berbual dengan saya melalui
Yahoo! Messenger

silah ketik butang di bawah

Comments

  1. assalamualaikum..tuan Haji bagaimana pula sekiranya kami ingin mendapatkan produk tersebut ?

    • Waalaikum salam. Boleh dapatkan dengan cara pos selain datang sendiri ke pusat rawatan Attitude Therapy. Untuk mendapatkan secara pos, sila hubungi terus saya di talian 0163315761.

      Jika keadaan penyakit memerlukan rawatan, sila isikan Borang Analisa yang disediakan di tepi Web Blog ini atau di Tab FB http://goo.gl/d8ryM

  2. saya dah 27th mendapat penyakit darah tgi, punca utama adalah garam dan pemakanan.tambahan petua selain makan ubat, buat senaman kurang2nya joging 4km sehari atau main sukan serperti badmintion, tenis atau bola sepak,
    utk yg x mampu berjalan kaki sekurang2nya 6km sehari

Speak Your Mind

Connect with Facebook

*

m4s0n501