Ringkasan Fungsi Formula CEO 8

Otak yang mengawal ketenangan ialah Medulla Oblongata. Ia bukan sekadar mengawal keseimbangan badan, tetapi turut mengawal keseimbangan keseluruhan aktiviti dan tugasan kita seharian. Kehebatan Medulla Oblongata apabila fungsinya dioptimumkan ialah keupayaannya untuk menangani beberapa tugasan dalam masa yang serentak. Kelemahan bahagian ini akan mengakibatkan seseorang mudah stress atau tertekan, mudah runsing atau sekurang-kurangnya mengalami masalah sakit belakang tengkuk.

Kesemua tisu sel dan saraf otak di bahagian ini mempunyai getaran tenaga yang sama bacaan frekuensinya dan digelar CEO 8 atau Colour Energy Orgone 8. Kesakitan di belakang tengkuk yang sangat berkaitan dengan kelemahan yang melibatkan bahagian CEO 8

Gambar di bawah menunjukkan kedudukan kawasan CEO 8

Anatomi Tulang Cervical dan Medulla Oblongata

Anatomi Tulang Cervical dan Medulla Oblongata

Sakit belakang tengkuk adalah masalah CEO 8

Sakit belakang tengkuk adalah masalah CEO 8

Kawasan otak yang berkaitan diliputi oleh CEO 8 ialah Medulla Oblongata. Selain itu kawasan saraf tulang belakang yang berkaitan ialah Cervical C2, C3 dan C7

Kawasan CEO 8 mempunyai pembawakan karektor yang berkaitan dengan kelapangan dan ketenangan. Namun apabila kawasan ini lemah, ia boleh memberi kesan karektor yang mudah tertekan, stress dan mudah runsing serta keliru dalam membuat keputusan atau berhadapan dengan sesuatu keadaan.

Kawasan CEO 8 turut melibatkan beberapa fungsi fizikal biologi tubuh iaitu mengawal tindakan luar kawal dalam aktiviti pernafasan, gerakan jantung dan peredaran darah. Pada tahap yang optimum ia berkeupayaan untuk mengawal imbangan badan, kemahiran mengenal objek dengan lebih tajam, membezakan warna, mengenal perbezaan tekanan udara, mengesan tahap kederiaan (tahap bau, tahap cahaya, tahap bunyi, tahap sentuhan, tahap kesakitan). Mereka yang dikurniakan basirah dan kasyaf (Khawriqul ‘adah atau kelebihan spiritual yang dikurniakan oleh Allah kepada golongan tertentu) berkeupayaan menyedari keupayaan fungsi optimum ini.

Formula CEO 8 telah dipancarkan (beamed) dengan frequensi yang menyamai dengan getaran tenaga yang menyamai Medulla Oblongata dan dan saraf  kawasan Cervical. Apabila bahagian ini diterapikan dengan tenaga asal secara semulajadi, ia akan kembali menjalankan fungsinya seperti normal malah potensi fungsinya boleh ditingkatkan.

Formula Colour Energy Orgone 8

Formula Colour Energy Orgone 8

Antara Fungsi Utama CEO 8

  1. Mengawal dan menstabilkan tekanan darah rendah
  2. Meredakan kerungsingan / gelisah / resah / susah hati
  3. Memberikan rasa tenang dan tenteram
  4. Meredakan rasa berdebar / gugup / kebimbangan
  5. Meredakan panik / serba tidak kena
  6. Memulihkan kerasukan
  7. Meredakan kebas / berpeluh / loya / menggeletar
  8. Memulihkan rasa terhoyong hayang / rasa nak pitam

CEO 7 membantu merawat dan memulihkan masalah dan keadaan seperti berikut

  1. Gangguan mental atau schizophrenia akibat terlalu tertekan.
  2. Rasa mudah muntah atau mabuk menaiki kenderaan.
  3. Ibu mengandung yang kerap muntah.
  4. Rasa gayat dengan ketinggian.
  5. Mabuk atau loya melihat tumpahan darah (luka besar).
  6. Telinga berdengung apabila menaiki bukit dengan laju atau dalam pesawat.

Keterangan lanjut penggunaan formula CEO 8;

1. Tahap urik asid yang tinggi boleh menyebabkan seseorang mudah tertekan atau stress apabila melakukan lebih daripada satu tugasan. Misalnya menyapu sampah, membasuh pinggan dan membasuh kain, mereka yang optimum fungsi CEO 8 boleh melakukan tugasan tersebut dengan mudah tetapi mereka yang lemah CEO 8 akan kelam kabut atau tidak sempurna tugas tersebut atau akan mengalami sakit dibelakang tengkuk apabila melakukan tugas tersebut. Di samping merawat dengan CEO 8, mengamalkan diet yang kurang urik asid dan melebihkan makanan yang beralkali dapat mengelakkan kelemahan pada bahagian CEO 8.

2. Masalah resah gelisah, serba tidak kena atau biasanya dikenali sebagai anxiety yang melibatkan gerakan jantung yang pantas, berpeluh, loya dan sebagainya insyaAllah amat mudah diatasi dengan rawatan CEO 8. Dalam keadaan tertentu, jika ia berpunca daripada kelemahan sistem thyroid (CEO 9) atau jantung (CEO 11), CEO 8 berkeupayaan untuk memberikan kelegaan.

3. Rasa sakit belakang tengkuk akibat salah bantal ialah masalah sebenar pada CEO 8.

4. Seseorang yang mengalami tekanan fizikal dan mental dalam kehidupan seharian seperti sedang diugut, diancam atau memegang tanggungjawab yang besar, akan mengalami masalah sakit belakang tengkuk atau CEO 8 sekiranya kawasan ini lemah.

5. Melakukan sesuatu perkara atau tugas atau pekerjaan kerana terpaksa akan menyebabkan CEO 8 sangat tertekan dan boleh menjadi lemah dengan mudah. Kekuatan keikhlasan akan mengatasi masalah ini. Namun tenaga keikhlasan bergantung kepada tahap kekuatan CEO 8 seseorang.

6. Rasa keliru ketika sedang belajar adalah akibat masalah terlebih protein yang dikawal oleh otak Medulla Oblongata.  Rasa loya ketika sedang membaca adalah tanda tubuh sedang cuba mengatasi kekeliruan. Ia boleh dipulihkan dengan menguatkan semula kawasan CEO 8 supaya minda boleh mentafsirkan sesuatu ilmu secara matang dan mudah difahami.

7. Kanak-kanak yang kerap dibiarkan menangis atau meronta untuk meminta sesuatu akan mudah tertekan. Akibatnya mereka mudah lemah pada CEO 8 yang boleh menyebabkan gangguan perkembangan mental seperti sukar memahami sesuatu atau mudah terkeliru.

Jadual di bawah ialah ringkasan berkenaan formula CEO 8

Nama Formula
Colour Energy Orgone 7
WarnaIndigo
Frekuensi472 nanometer
Psikologi Ketika SihatDamai
Tenteram
Psikologi Ketika SakitTertekan
Keliru
Kawasan/OrganMedulla Oblongata
Saraf Cervical C2, C3 dan C7
Tanda/SimptomTekanan darah rendah
Kerungsingan / gelisah / resah / susah hati
Memberikan rasa tenang dan tenteram
Berdebar / gugup / kebimbangan
Panik / serba tidak kena
Memulihkan kerasukan
Kebas / berpeluh / loya / menggeletar
Rasa terhoyong hayang / rasa nak pitam

Speak Your Mind

Connect with Facebook

*

p5rn7vb